PRS SMK BAKTI TASEK GELUGOR
Selamat Datang ke Blog Pembimbing Rakan Sebaya SMK Bakti, Tasek Gelugor.
Mari bersama-sama Bantu Diri untuk Membantu orang lain.. Segala respon anda amat dihargai
Mari bersama-sama Bantu Diri untuk Membantu orang lain.. Segala respon anda amat dihargai
Wednesday, April 27, 2011
Perjumpaan PRS Kali ke-4 tahun 2011
Assalamualaikum Semua.
Hari ni perjumpaan kita kali ke empat. Nampaknya kita tak ramai hari ni. abang-abang dan kakak form six tak ada. Baba dan cikgu Huda bawa ke kursus kerjaya. Alhamdulillah, Umi seronok semua beri kerjasama. Logo-logo kumpulan Umi dah tengok. Umi akan pulangkan nanti untuk diwarnakan. Lepas tu baru umi nilai semula, ok. Umi harap sesi ice-breaking hari ni menjadi suatu permulaan untuk kita lebih saling mengenali satu sama lain. Semoga kita semakin akrab dan keadaan ini akan memberi manfaat kepada kita semua. Rajin-rajinlah melawat blog ni. InsyaAllah sebarang informasi akan umi sampaikan melalui blog ni. Kekangan masa dengan pelbagai urusan membuatkan blog ni lama tak Umi update. Salam sayang buat semua ahli PRS. Jumpa lagi dalam perjumpaan akan datang
Friday, December 24, 2010
Selamat Datang Kembali ke arena Persekolahan
Hari ni 25 Disember 2011. Hari-hari akhir tahun 2010. Sesi persekolahan akan bermula. Kita akan kembali sibuk dengan rutin biasa. Semua memerlukan persediaan. Secara tidak formal sekolah akan bermula pada Rabu akan datang dengan mesyuarat guru untuk persediaan sesi persekolahan tahun 2011.
Moga tahun ini tahun yang kita mulakan segala tindakan dengan perancangan. kelab Pembinbing rakan sebaya akan meneruskan agenda tahun 2010 yang belum dilaksanakan. Umi amat berharap jawatankuasa yang baru dilantik akan melaksanakan tanggungjawab dengan penuh amanah, penuh kesungguhan, dengan mengambilkira prinsip membantu diri untuk membantu orang lain.
Dengan kekuatan yang kita ada, umi yakin kelab ini mampu memberi manfaat kepada ahli kelab dan warga Smk Bakti keseluruhannya. Jumpa nanti di perjumpaan pertama yang akan umi maklumkan kelak.

Thursday, August 12, 2010
Monday, April 26, 2010
Perjumpaan Mingguan PRS (Halangan Komunikasi)
Alhamdulillah.. Nampaknya aktiviti kita minggu ini berjalan sebagaimana dirancang. Terima kasih Umi ucapkan pada ajk yang menjalankan aktiviti pada minggu ini. Menyentuh tentang aktiviti kita pada minggu ini..Umi harap semua ahli menyedari betapa dalam berkomunikasi terdapat beberapa halangan yang perlu dikenalpasti..seterusnya diatasi dengan sebaik mungkin. Dalam konteks kita sebagai pelajar di dalam kelas.."eye contact" sangat penting ketika pengajaran guru di dalam kelas. Begitu juga dengan aktiviti ke -2 yang telah sama2 kita ikuti. Betapa perlunya komunikasi 2 hala dalam pembelajaran. Seandainya anda semua tidak mengajukan pertanyaan ketika proses pengajaran dan pembelajaran. Ini membantu proses pemahaman kita dalam sesuatu topik yang dibicarakan. InsyaAllah kita kan jupa lagi dalam aktiviti yang akan datang. Bye..salam sayang untuk semua..
Wednesday, March 10, 2010
SELAMAT BERCUTI
Assalamualaikum Semua....
Selepas cuti sekolah satu mesyuarat AJK PRS akan diadakan. Umi harap dalam mesyuarat itu nanti umi akan dapat maklumbalas tentang perancangan yang dibincangkan dalam mesyuarat 1 AJK kali pertama. Pesanan untuk Nik dan Iman, sediakan minit mesyuarat AJK kali pertama. ASAP! Dapatkan pengesahan umi dulu sebelum perbanyakkan. Jumpa umi untuk tentukan agenda mesyuarat nanti.
Sila ambil tindakan:

- design t-shirt PRS
- Nazri, sediakan satu senarai nama ahli untuk mengumpul keputusan ujian 1.
- senarai tugas di bilik kaunseling
- pastikan surat panggilan mesyuarat dibuat untuk tujuan mesyuarat AJK kali ke-2
- semua ketua kumpulan dikehendaki hadir dalam mesyuarat AJK kali ke-2 nanti.
Selamat Bercuti Semua.
Sunday, February 28, 2010
Perjumpaan AJK Kali Pertama dan Tindakan semua
Assalamualaikum semua
Apa khabar semua ahli PRS yang umi sayangi. Nampaknya perjumpaan kita agak lama tertunda kerana banyak program sekolah yang perlu didahulukan. Pun begitu umi sebenarnya harap jugak semua ahli PRS fikirkan sesuatu..atau setidak-tidaknya merisik tanya akan apa yang bakal kita laksanakan dalam tempoh terdekat
Umi berharap AJK bertindak untuk melaksanakan beberapa perkara yang ada umi sebutkan dalam perjumpaan AJK yang lalu. Pesanan umi untuk AJK, sila edar dan kumpulkan borang ahli secepat mungkin untuk di key-in. (urgent)
Ahli PRS hendaknya kerap bertemu dan berbincang sesama sendiri walaupun bukan pada hari kokurikulum. Semoga falsafah "Bantu diri untuk membantu orang lain" dapat dilaksanakan. Umi sekali lagi maklumkan bahawa apa yang umi dan baba sampaikan pada hari perjumpaan pertama kita akan menjadi agenda yang berterusan oleh ahli PRS.
Akhir sekali tolong buka blog untuk maklumat terkini.
P/S- Nazri, Nik dan Iman tolong jumpa umi..
Monday, February 8, 2010
Perjumpaan kali ke-2
Perjumpaan Kali ke-2 tahun 2010. Ahli PRS di bahagikan kepada 7 kumpulan. Pada kali ini ahli kumpulan kecil berpeluang mengenali ahli kumpulan sendiri dengan lebih dekat lagi. Semua kumpulan diminta memberikan nama kepada kumpulan masing-masing. pada pukul 8.50 pagi perjumpaan tamat. Aktiviti yang dijalankan cukup menarik. Harapan Umi..kalian bukan sahaja mengutamakan keseronokan semata-mata, tetapi melihat falsafah disebalik aktiviti dijalankan sebaik mungkin. Jumpa lagi
Subscribe to:
Posts (Atom)