Hari ini merupakan perjumpaan pertama PRS 2010. Semua ahli didedahkan tentang PRS oleh baba, umi dan teacher Suhana. Banyak peringatan dan pesanan disampaikan kepada ahli baru. Semoga ahli PRS berusaha ke arah membantu diri untuk membantu orang lain. Masing2 perlu muhasabah diri dari semua aspek, agar matlamat murni penubuhan PRS akan berjaya bersama kejayaan akademik semua ahli.
Umi doakan ukhuwah dalam kalangan semua ahli semakin erat. Kepada ahli yang masih belum kenal antara satu sama lain.. mulakan usaha itu. InsyaAllah..dalam perjumpaan-perjumpaan yang akan datang kita berjumpa lagi dan beusaha ke arah kejayaan kelab PRS. Salam Ukhuwah untuk semua.