Selamat Datang ke Blog Pembimbing Rakan Sebaya SMK Bakti, Tasek Gelugor.
Mari bersama-sama Bantu Diri untuk Membantu orang lain.. Segala respon anda amat dihargai

Monday, April 26, 2010

Perjumpaan Mingguan PRS (Halangan Komunikasi)






Alhamdulillah.. Nampaknya aktiviti kita minggu ini berjalan sebagaimana dirancang. Terima kasih Umi ucapkan pada ajk yang menjalankan aktiviti pada minggu ini. Menyentuh tentang aktiviti kita pada minggu ini..Umi harap semua ahli menyedari betapa dalam berkomunikasi terdapat beberapa halangan yang perlu dikenalpasti..seterusnya diatasi dengan sebaik mungkin. Dalam konteks kita sebagai pelajar di dalam kelas.."eye contact" sangat penting ketika pengajaran guru di dalam kelas. Begitu juga dengan aktiviti ke -2 yang telah sama2 kita ikuti. Betapa perlunya komunikasi 2 hala dalam pembelajaran. Seandainya anda semua tidak mengajukan pertanyaan ketika proses pengajaran dan pembelajaran. Ini membantu proses pemahaman kita dalam sesuatu topik yang dibicarakan. InsyaAllah kita kan jupa lagi dalam aktiviti yang akan datang. Bye..salam sayang untuk semua..