Hari ni 25 Disember 2011. Hari-hari akhir tahun 2010. Sesi persekolahan akan bermula. Kita akan kembali sibuk dengan rutin biasa. Semua memerlukan persediaan. Secara tidak formal sekolah akan bermula pada Rabu akan datang dengan mesyuarat guru untuk persediaan sesi persekolahan tahun 2011.
Moga tahun ini tahun yang kita mulakan segala tindakan dengan perancangan. kelab Pembinbing rakan sebaya akan meneruskan agenda tahun 2010 yang belum dilaksanakan. Umi amat berharap jawatankuasa yang baru dilantik akan melaksanakan tanggungjawab dengan penuh amanah, penuh kesungguhan, dengan mengambilkira prinsip membantu diri untuk membantu orang lain.
Dengan kekuatan yang kita ada, umi yakin kelab ini mampu memberi manfaat kepada ahli kelab dan warga Smk Bakti keseluruhannya. Jumpa nanti di perjumpaan pertama yang akan umi maklumkan kelak.